assalamualaikum semua ..
sebelum panjang berleter , aku nak ucapkan selamat tahun baru 2014 (lewat 2 bulan 11 hari) .... hehehe..
okay , tajuk diatas tu , memang dah trending kat worldwide , twitter , facebook dan warung-warung dikampung .. benda ni masih misteri dan semua orang dah temui jalan buntu .. tapi aku yakin , ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian ni , yang masih blurr dan memang tak tahu hal ni boleh klik BBC NEWS-MH370 ni .. sedih dan sayu .. memang tu yang aku rasa , sebab benda ni macam tak ada teori atau jawapan . Semua keluarga tertunggu-tunggu jawapan , apa yang berlaku sebenar nya ? macam mana boleh M.I.A (missing in action) ? kalau ikut kan spekulasi dan segala benda yang ada kat media memang banyak sangat .. GOOGLE AJE ... naaahh berderet keluar pasal isu ni . boleh pilih ilmu mana yang nak dihadam , ilmu mana yang nak ditepis keluar . Aku pulak tak berani nak pilih yang mane satu betul , sebab benda ni rumit dan memang misteri . Tapi , ada satu jawapan yang memang aku rasa bernas dan cukup buat aku menangis tak cukup tanah pagi tadi . KAPTEN NORUDIN ABD MAJID . Apa yang beliau ulas , simple , hanya BACK TO BASIC , PENCIPTA KITA . Kenapa kita nak pertikai apa yang kita dah tak boleh singkap ?
Kenapa masih nak lawan kuasa Yang Maha Esa ? Antara ayat yang aku rasa sentap , apabila ditanya beliau , macam mana nak jadi hebat ? Jawapan beliau hanya senang , iaitu SOLAT 5 WAKTU .. Ya Allah ... Kita semua sibuk mengejar teknologi dunia sampai kita lupa , siapa yang lebih berhak terhadap hidup kita .. Aku yakin . memang ada hikah disebalik semua ni , tak kira laa , semua ni hanya konspirasi ke , hijack ke , iluminati ke .. Yang penting kita yakin , jika Allah swt kata Jadi Maka Jadilah (KUN FAYA KUN) . Sebesar mana pun kuasa kau dekat dunia , jika tuhan kata tidak jadi , kau buat la apa pun , memang tak akan jadi .
Dan , satu benda lagi , kita sibuk untuk berhajat (solat hajat ) , kita tetap tamak nak mohon sesesuatu dari Allah swt sedangkan kita terlalu banyak dah meminta dan apabila tertunai, tak pernah kita ingin membalas balik . Apa kata , kita memohon keampunan dahulu ( solat taubat ) , sebelum meminta-minta . Kita hanya HAMBA dimuka bumi ni , jangan nak DEMAND . Kembali kepada fitrah kita . Kematian tak kenal usia dan tempat . Ntah-ntah lepas aku taip , tibe-tibe dah meninggal.. Allah ... Ampunkan dosa-dosa rakyat Malaysia .... Semoga kami diberi petunjuk tentang bencana ini ... aminn..
Sebelum itu , alfatihah buat , seorang rakan yang aku rasa cukup baik , AHMAD AMSYAR B. M.ARIEF .. Beliau meninggal dunia pada 9 MARCH 2014 , only 22 years old , too young tapi Innalillah wainnalillahirajiun ... dari pada Dia kita datang , kepada Dia kita dikembali kan .. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman .. aminn ..