hai semua pembaca *kekonon ramai .. haishh *
Alhamdulillah .. kita masih bernafas dan masih berpeluang untuk berubah dan terus berubah . Insyaallah .. lama tak berblog ini sebab nya , SATU masalah internet yang problem DUA sibuk dengan kerja KETIGA malass *ini adalah alasan sebenar* .. okey , mula-mula dengan sedaya upaya nya aku cuba untuk tidak SHORTFORM dan TYOP ehh ehh TYPO .
HAAAAA ..*EH LUPA TUTUP CAPLOCK * nak tahu tak .. aku dah jadi tunang orang .. wewitt .. darah masam manis gituu .. tunang siapa ? ehem .. ehemm . tentu laaa HYUN BIN ..*tolong percaya .. pelissss * HAHAHAHAHA . ok ok tak kelakar . pada 22 NOVEMBER 2013 , saya dengan rasmi nya telah menjadi tunang ENCIK SHAFIQ BIN ROSMAN .. *muka serius * . Alhamdulillah , semua berjalan lancar , walaupun kelam kabut pada awalnya .. ye laaa , pada hari tu jugak laa , kakak aku bersalin .. comel giler habak hang anak saudara aku .. sebijik macam aku .. betol , aku tipu . haishh , bila nak ada anak sendiri nih .. muahahaaha .. baru tunang dah , berangan ada anak .. tapi serius tak sabar nak kahwin .. TAK SABAR TAK SABAR TAK SABAR *tiru lisa surihani dalam Istanbul aku datang *
aku kan sebenarnya tak sangka yang hubungan aku dengan shafiq jadi serius macam ni . Yelah , dulu aku ni niat nak main-main je dengan dia . kekonon nak jadi PLAYGIRL lepas frust menonggeng ..tup tup pejam celik pejam celik dah DUA TAHUN aku dengan dia . Dan Alhamdulillah , hubungan tu dah melangkah ke STEP yang seterusnya . Aku harap memang dia lah jodoh aku , sekarang ni aku tak boleh nak harapkan dan yakin yang melampau sebab kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah swt yang menentukan . INSYAALLAH , semoga kami kekal SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA . *kekonon jadi zain dan ersalina
Shafiq ni dia simple je , tapi satu yang aku memang respect dia , SABAR dia memang tinggi . Aku ni memang tak makan saman *aku makan nasi , burger , pizza.. etc .. * ok ok serius .. Aku sebenarnya bukan nak sangat bercinta dengan dia dulu tapi just nak main-main , tapi makin hari , makin aku rasa jatuh cinta dengan dia .. ye lah , perangai aku yang panas baran , kuat merajuk , kuat marah-marah , kuat cemburu dan segala macam lagi laa , tapi dia tetap sabar . Tambahan pula , *markah penanda wacana disini * Aku sebenarnya , memang tak romantic , tak sweet talker memang berbeza dengan dia . Dia memang ROMANTIK dan PENUH KEJUTAN . Tapi yang hampeh nya , aku tak pernah respon . hukhuk.. bukan tak nak respon .. tapi aku tak tahu nak respon macam mana .. lepas ni kena khatam buku memikat hati suami .. muahahahaha *gelak menggoda .. awww ..
DEAR AWAK , TERIMA KASIH SEBAB SUDI TERIMA SAYA DALAM BAIK BURUK , SUSAH SENANG .. SELALU ADA KETIKA SAYA PERLUKAN . TERIMA KASIH ABANG .. I LOVE YOU MUCH .. * sila cakap ini romantik . sekian .
22NOVEMBER2013 |
K BYE .. XOXO ..